Skip to main content

Samsung Memperkenalkan Barisan Peti Sejuk Bespoke di Malaysia

 Samsung Malaysia Electronics berbesar hati memperkenalkan barisan peti sejuk Bespoke terbarunya untuk pengguna Malaysia. Barisan peti sejuk baharu ini menawarkan kepada pengguna gabungan unik pilihan peti sejuk modular yang boleh diubahsuai untuk memenuhi keperluan estetik individu.



“Kami sangat teruja untuk membawa masuk elemen utama rangkaian perkakas rumah, Samsung Bespoke, ke Malaysia, yang akan menjadi antara yang pertama daripada banyak lagi yang akan datang,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics. “Peti sejuk merupakan alat terpenting di dalam setiap dapur dan itulah sebabnya barisan Bespoke baharu sesuai bagi mereka yang ingin memenuhi cita rasa peribadi mereka. Dengan membolehkan anda mengubahsuai modul peti sejuk untuk memenuhi keperluan anda, barisan Bespoke melambangkan komitmen Samsung untuk menawarkan produk yang memenuhi gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Kami percaya bahawa falsafah tertumpu gaya hidup peti sejuk Bespoke akan diterima dengan baik di kalangan pengguna kami di Malaysia.”



Gabungkan dan konfigurasikan ruang peti sejuk anda

Ciri modular peti sejuk Bespoke adalah tarikan terbesar bagi para pengguna. Konsep ini memberi anda lebih kawalan untuk mereka bentuk ruang peti sejuk ideal dengan menyepadukan berbilang modul unit Bespoke. Di Malaysia, pengguna boleh memilih 1-Door Flex atau Bottom Mount Freezer, atau menggabungkannya dalam mana-mana pilih atur yang sesuai dengan keperluan gaya hidup dan penyimpanan anda yang sentiasa berkembang. Tambahan pula, peti sejuk Bespoke ini boleh dipasang sama ada sebagai gaya kedalaman kontra atau mengikut gaya kesesuaian dapur anda dengan menjajarkan dengan kabinet dapur sedia ada.


Bespoke didatangkan dalam lebih 20 warna asli dan tujuh kemasan di seluruh dunia, menawarkan sejumlah besar kombinasi untuk dipilih. Dengan warna panel peti sejuk yang direka khas dan pelbagai pilihan kemasan, pengguna akan dapat memadankan perkakas ini dengan palet warna dapur mereka. Pada masa ini, pengguna di Malaysia boleh memilih model panel tetap yang telah dipilih terlebih dahulu bagi Peti Sejuk Bottom Mount Freezer dalam Glam White & Glam Navy, dan Glam White & Glam Pink serta 1-Door Flex dalam warna Glam White dan Glam Pink.


Selain daripada estetika, peti sejuk Bespoke juga menawarkan kapasiti yang besar, kemudahan, dan prestasi penyejukan yang hebat. Fungsi Power Cool dan Power Freeze memberikan hembusan udara sejuk atau beku dengan pantas hanya dengan satu sentuhan butang, manakala All-Around Cooling sentiasa memeriksa suhu untuk memastikan makanan disimpan pada suhu optimum dan kekal segar lebih lama. Plat Metal Cooling di dinding belakang menghalang kehilangan udara sejuk apabila pintu dibuka, dan memulihkan sebarang kehilangan haba dengan cepat apabila ia ditutup.


Di bahagian penyejuk beku, teknologi No Frost meningkatkan peredaran udara untuk mengekalkan suhu malar di setiap sudut peti sejuk yang menghalang pembentukan fros dan ais. Ia juga mencapai suhu sasaran dengan lebih cepat, meningkatkan ketahanan sistem penyejukan, dan mengelakkan pembaziran kuasa pada penyahbekuan.


Panel paparan tersembunyi meningkatkan reka bentuk minimalis di bahagian hadapan, supaya ia sesuai digabungkan dengan dapur moden. Panel kawalan terletak secara tersembunyi di bahagian dalam, tetapi mudah diakses dengan membuka pintu peti sejuk, kerana kawalan terletak pada paras mata dan mudah dicapai. Apabila anda membuka peti sejuk, lampu LED menawarkan pencahayaan yang lebih terang sambil menjimatkan kuasa elektrik. Tambahan pula, pemampat Digital Inverter Samsung melaraskan kelajuannya sebagai tindak balas mengikut keperluan penyejukan, memastikan kecekapan tenaga dan ketahanan yang lebih tinggi dengan tahap prestasi yang dioptimumkan secara berterusan. Selain itu, ia juga lebih senyap dan memberi penjimatan kuasa elektrik sebanyak 50%1,dan diberi jaminan waranti selama 10 tahun2.


Ketersediaan

Peti sejuk Bespoke Samsung kini tersedia untuk pembelian di semua cawangan sah Samsung dan atas talian mulai hari ini. Semak harga runcit yang disyorkan di bawah

Kod Model

Nama Produk

RRP (RM)

RB33T307055/ME

Bottom Mount Freezer

RM5,099

RB33T307029/ME

Bottom Mount Freezer

RM5,099

RZ32T744535/ME

1-Door Flex

RM4,999

RZ32T744532/ME

1-Door Flex

RM4,999

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peti sejuk Bespoke Samsung, sila layari: https://www.samsung.com/my/refrigerators/bespoke-refrigerator/ 

Comments

Popular posts from this blog

The All-new Foldable Line-up is Here!

 The all-new foldable lineup from Samsung is here. The Galaxy Z Fold8 Ultra brings Galaxy’s renowned Ultra standard to foldables with maximum productivity. The brand-new form factor of the Galaxy Z Fold8 unlocks new foldable experiences through everyday immersion. And the Galaxy Z Flip8 rounds off the series, designed around quick interactions, personal expression and AI-native experiences.  Samsung is set to redefine foldable innovation once again with these new devices — bringing together iconic design, powerful performance, and an even more seamless Galaxy AI experience. But that’s not all, a whole new range of the Galaxy Watch series is here too, specifically Galaxy Watch Ultra2 and Galaxy Watch9. From 22 July to 13 August 2026, customers can enjoy a suite of exclusive launch rewards worth up to RM1,950!  , This includes an exclusive rebate worth up to RM800, an instant bank rebate of RM500 when paying with selected bank cards a Samsung Reward Points Booster worth up ...

Samsung Brings Galaxy Ecosystem Into Everyday Eyewear

 The smartphone era forced humanity into a persistent downward gaze, tethering personal productivity to glass screens held in the palm. At Galaxy Unpacked in London, Samsung Electronics, alongside Google and Qualcomm, formally signaled the next major structural shift in mobile computing. By introducing its Intelligent Eyewear ecosystem—engineered in direct partnership with global eyewear innovators Gentle Monster and Warby Parker—Samsung is attempting to transition artificial intelligence from a device you consult into an ambient layer that passively interprets the physical world alongside you. The Architectural Blueprint: Android XR and Micro-Hardware Integration While the concept of camera-equipped glasses is not new, Samsung’s approach differentiates itself through deep platform-level integration and optimized silicon efficiency. Operating on the newly minted Android XR platform, the Intelligent Eyewear acts as a display-less, audio-first extension of the Galaxy ecosystem. Under...

100 aircraft, 44 months and 4.4 million man hours: Emirates’ retrofit programme marks major milestone

 Emirates has reached a landmark 100 aircraft refurbished under its retrofit programme, the largest known undertaken by any airline globally. Since work began in November 2022, 47 Airbus A380s and 53 Boeing 777s have been given a complete nose-to-tail refresh at the Emirates Engineering hangars in Dubai. By the end of December 2026, around 20 additional aircraft will be upgraded, moving the airline significantly past the halfway point in its US$ 5 billion investment aimed at delivering a consistently elevated experience to customers. Over a period of 44 months, the Emirates Engineering team has deployed more than 400 engineers and technicians, investing a collective 4.4 million man hours to transform 100 aircraft and deliver a sophisticated upgrade across the cabin interiors of all the aircraft. Every aircraft was also fitted out with a new Premium Economy Cabin during the retrofit. More than 3,800 new Premium Economy seats have been installed in total as part of the initiative, ac...